Friday 27 July 2012

Bengkel Video Vegas Pro





Bengkel Video Sony Vegas Pro 11.0

Tarikh : 8, 9 dan 15 September 2012
Masa : 10.00 am to 5.00pm
Tempat : Bangunan PTTC, Ipoh

Info Ringkas

Kursus ini memberikan pendedahan awal kepada para peserta bagi mengenali beberapa
alatan-alatan (tools) penting dalam suntingan video serta mempelajari cara menghasilkan video yang menarik.
Pengenalan

Sony Vegas adalah perisian suntingan video yang terkenal dalam industri produksi audio/visual yang dibangunkan oleh Sony Creative Software. Sony Vegas berfungsi  dari proses capture video, formatting, suntingan, effects, compositing dan render output kepada pelbagai format. Proses kerja suntingan yang realtime, ringan dan pilihan para profesional.

Apa yang anda belajar dalam bengkel?
  • Video & Sound Editing
  • Picture, Text & Video Motion
  • Transition
  • 2D & 3D Motions
  • Creativity Tips
Kemahiran yang anda ada pada akhir bengkel
  • membuat Video Clip
  • membuat Wedding Montage
  • Clip Event Promo
  • Corporate Montage
  • Clip Opening Ceremony
Syarat-syarat
  • Minat yang mendalam untuk belajar
  • Pengetahuan asas dalam komputer
Berapa ramai antara anda tahu bahawa 3 BILLION video ditonton di Youtube setiap hari?
Berapa ramai antara anda tahu bahawa 30 juta video ditonton di Twitter setiap bulan?
Berapa ramai antara anda tahu bahawa 5.17 juta video ditonton di Facebook setiap bulan?
Hasilkan video anda yang orang boleh lihat dan dengar mesej anda sekarang!

PROMOSI UNTUK 20 orang pendaftar terpantas!
RM490/orang atau RM350/orang (daftar kumpulan 3 orang)

Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi kami:
Rosdi 016-5124922
Puteh 019-4154525

Tuesday 12 June 2012


Suasana semasa KELAS LATIHAN ADOBE AFTER EFFECT di Kolej Komuniti Segamat, Johor.



Salah seorang tenaga pengajar dari Mesh Studio, iaitu En Rosdi Osman telah mendapat jemputan untuk mengajar di Kursus Latihan After Effect di Kolej Komuniti Segamat pada 21 Mei-25 Mei yang lalu. Dengan kursus mempelajari perisian After Effect ini, pelajar mampu menghasilkan visual effect dan juga animasi ringkas berasaskan objek, teks, imej dan diiringi oleh muzik latar serta bunyi kesan khas yang menarik.

Peserta kelas tersebut telah berjaya menghasilkan video pendek dengan durasi 30 saat setiap seorang. Tahniah pada mereka! Mereka cukup bersemangat, sporting dan sesi pembelajaran yang sempoi!

Monday 4 June 2012


ALIA & ALIEN jumpa peminat di IPOH!


Expo Inovating Malaysia Tour 2012 telah diadakan di Ipoh pada pertengahan bulan Mei 2012. Geng Alia & Alien mengambil kesempatan pada pameran itu untuk bertemu dengan peminat Alia & Alien dan juga peminat animasi di sana!

Menerima penghargaan daripada Dato Zahir

 Bergambar bersama Alia & Alien!

 Penerangan serba sedikit tentang Alia & Alien

 Cik Abg menunjukkan proses dalam produksi Alia & Alien

Alia & Alien diserbu peminat!

Thursday 12 April 2012

Proses Voice Over 
ALIA & ALIEN

Rakaman audio untuk Alia & Alien ini dibuat oleh saudari Nurur Atika Adnan. Seorang pelajar UITM Shah Alam yang sedang mengikuti pengajian diploma dalam bidang drama. Terima kasih diucapkan kepada belia kerana sudi menyumbangkan suaranya kepada Alia & Alien ini =)




Wednesday 11 April 2012

Mind Mapping video shooting!

Baru-baru ini Mesh Studio telah membuat suntingan video Mind Mapping untuk dijadikan video E-Learning yang dikelolakan oleh Star Vitalnet Sdn Bhd. Video ini telah dirakam dihadapan lebih kurang 300 org pelajar kawasan Daerah Taiping yang bertempat di SSL Hotel.

Bersama CEO Star Vitalnet

   Rakaman Audio

 Rakaman video